Friday 31 August 2012

Kuasa Air Membelah Jalanraya


Air merupakan anugerah Allah yang tak terhingga kepada umat manusia yang hidup di muka bumi. Tanpa air, kehidupan tidak dapat dijalankan. Bayangkan sahaja planet Marikh dan lain-lain, kerana tiadanya sumber air, kehidupan di planet-planet tersebut ternyata sangat mustahil. Bagi kebanyakkan orang, air tampak kurang berbahaya dan mempunyai fizikal yang agak lemah jika dibandingkan dengan api. Tapi ketahuilah bahaya air sebenarnya mempunyai kuasa yang terpendam. Tragedi tsunami di Indonesia dan Jepun menjadi saksi tentang kehebatan kuasa air. Di bawah merupakan satu lagikejadian pelik tentang kehebatan air yang dapat membelah sebuah jalan raya tanpa merasa susah. Mari kita saksikan!





7 Langkah Cegah Bau Kaki


Masalah bau kaki kadang-kadang terjadi kepada diri sendiri mahupun rakan di sekeliling kita. Masalah ini merupakan satu masalah yang perlu dielakkan kerana ia mencerminkan peribadi diri kita sendiri. Di sini terdapat 7 langkah cara mencegah bau kaki. Bau yang datang menyebabkan kita akan berasa kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh.
2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut
3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.
4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.
5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.
6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut
7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur.

Bugatti 16C Galibier Yang Bakal Dilancarkan


Buggati bakal melancarkan kereta terbarunya yang dikenali dengan nama Bugatti 16C Galibie. Kereta Bugatti 16C Galibier ini masih belum dilancarkan secara rasmi. Ia dijangkaakan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2013 atau 2014 dah harganya mencecah US$ 1.42 million. Konsep kereta ini mula diperkenalkan pada 2010 di Geneva Auto Show yg menggunakan engine 8 liter 16 silinder dijangkan mampu menghasilkan diantara 789 hingga 986 horsepower. Boleh lihat gambar di bawah ini.

Perbezaan Antara Lelaki Dan Perempuan Dalam Solat


Dalam mengerjakan solat, terdapat perbezaan ketara di antara lelaki mahupun perempuan terutamanya dari segi aurat. Seperti kita tahu, wanita tidak boleh mengimamkan lelaki, tetapi mereka boleh mengimamkan bagi golongan wanita itu sendiri. Di sini terdapat pecahan tentang apakah perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam solat.
Perempuan disunatkan dibezakan dengan lelaki dalam 5 perkara:
1)Menghimpunkan/merapatkan sesetengah anggota dengan lain ketika sujud. Iaitu dengan merapatkan kedua siku kepada dua rusuk ketika sujud dan merapatkan perut dengan kedua paha. Keadaan ini berbeza dengan lelaki yang disunatkan supaya merenggangkan dua sikunya dari dua rusuk dan mengangkat perutnya dari kedua pahanya.
Al-Baihaqi (2/232) meriwayatkan:
Nabi Muhammad saw telah berjalan di kawasan dua orang perempuan yang sedang bersembahyang,lalu Baginda bersabda:Apabila kamu berdua sujud,maka himpunkan/rapatkan sesetengah daging(anggota) ke bumi,sesungguhnya perempuan dalam masalah tersebut tidak sama dengan lelaki.
2)Perempuan hendaklah merendahkan suaranya di khalayak lelaki yang bukan mahramnya. Oleh itu dia tidak boleh menyaringkan bacaan dalam sembahyang yang. dibaca dengan nyaring kerana bimbang berlakunya fitnah. Firman Allah taala..
“Dan janganlah kamu bercakap dengan suara yang lemah lembut(lunak) sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya(fasik dan kurang warak).”
(Ahzab:32)
Hal ini berbeza dengan lelaki kerana lelaki disunatkan membaca dengan kuat/nyaring ketika sembahyang pada sembahyang yang dibaca dengan nyaring.
3)Apabila berlaku sesuatu kepada seseorang perempuan ketika sembahyang dan dia ingin menyedarkan/memberitahu seseorang di sekelilingnya bagi sesuatu perkara,maka dia hendaklah menepuk dengan memukul belakang tapak tangan kirinya dengan menggunakan tangan kanannya.
manakala bagi lelaki apabila berlaku sesuatu di dalam sembahyang,dia disunatkan bertasbih dengan suara yang tinggi,bukan dengan niat tasbih(memberi ingat)
Ini berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim drpd Sahl bin Saad bahwa Rasulullah saw bersabda:
Barangsiapa yang merasa ragu terhadap sesuatu perkara(yang perlu diingatkan) ketika sembahyang,maka hendaklah dia bertasbih,kerana sesungguhnya apabila dia bertasbih,perkara yang diragukan itu akan diberi perhatian.Manakala menepuk tangan hanyalah bagi golongan perempuan.(Iaitu dengan memukul belakang tapak tangan kiri dengan tapak tangan kanan).
4)Seluruh anggota badan adalah aurat,kecuali muka dan tapak tangannya.
5)Perempuan disunatkan iqamah tetapi tidak disunatkan azan. Walaubagaimanapun,sekiranya dia melakukan azan tersebut dengan suara yang perlahan,maka tidak makruh,dan azan tersebut dikira sebagai zikir yang diberi pahala kepadanya.Jika diangkat suaranya ketika azan,maka ianya makruh dan menjadi haram sekiranya dibimbangi berlaku fitnah.
Berlainan dengan lelaki. Sebagaimana yang anda ketahui bahawa azan adalah disunatkan kepada lelaki ketika menunaikan sembahyang fardhu.
(Dipetik dari Kitab Fikah Mazhab Shafie dalam menghuraikan bab:bersuci dan sembahyang.)

Gambar Eksklusif Rumah Nabi Muhammad SAW dan Khadijah di Mekah


Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.

Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.


Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.


Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha


Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.


Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha


Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.


Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.

Kecantikan Obor-Obor Yang Sebenar


Obor-obor kadang kala menjadi ketakutan sesetengah orang di sekeliling kita. Namun kali ini kita akan dapat secara dekat obor-obor ini. Subhanallah! Itu yang terlafaz apabila melihat kecantikan obor-obor yang sebenar. Rupa bentuk yang agak kompleks dan membuatkan kita tertarik melihatnya. Seperti dalam satu filem Avatar pula. Jom lihat gambar di bawah ini.

Bayi Lahir Bersama Al-Quran


Sebelum ini banyak kita mendengar kisah bayi yang dilahirkan mempunyai tanda-tanda keagungan Allah SWT antaranya tulisan kalimah tauhid di bahagian betis bayi. Kini satu kejadian menakjubkan telah berlaku di mana seorang bayi telah dilahirkan bersama sebuah al-quran kecil. Bayi ini diberi nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo oleh sorang ulama yang dikenali sebagai Ustaz Abdul Rahman. Bayi ini telah selamat dilahirkan pada 7 mei 2012.
Para ulama di sana telah menasihati ibu bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi walaupun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran. Akan tetapi ia merupakan suatu kehendak Allah SWT yang mana bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang sungguh menakjubkan.
Selain ulama Ustaz Abdul Rahman yang hadir, terdapat juga ulama lain antaranya Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba,Ketua dari Komuniti Nasrulifathi,Ustad Alhaji Abdullahi Akinbode,dan Dr Ramoni Tijani dari Komuniti Islam Alifathiquareeb.
Kuasa Allah SWT dan hidayah dariNya, ibu bayi ini telah memeluk agama Islam pada 13 Mei 2012. Kini ibunya baru sahaja berusia 32 tahun dan telah menukar namanya dari Kikelomo Ilori kepada Sherifat.

Penglihatan Mata X-Ray


Jika kita menonton filem superhero, ada yang dikurniakan kelebihan penglihatan mata untuk menembusi sesuatu benda. Namun itu cerita fantasi. Tetapi yang realitinya ia benar-benar wujud apabila seorang remaja yang berusia 14 tahun Laura Castro yang dilahirkan normal seperti orang lain telah dikejutkan dengan perubahan pada matanya. Pada usia 10 tahun matanya menjadi putih semuanya dan bahagian hitam sudah tidak kelihatan. Hal ini juga pernah terjadi kepada seorang kanak-kanak kecil yang memiliki mata seperti kucing. Doktor masih tidak dapat memberi penjelasan mengenai penyakit ini.

Menurut ibunya, anaknya dapat melihat semua di kawasan terang mahupun gelap tanpa ada masalah. Selain itu lebih menakjubkan adalah anaknya boleh Tembus Pandangannya pada benda yang padat seperti dinding, melihat dalam kereta dari jauh macam seorang superhero.
Dia boleh tahu apa yang berlaku disebalik dinding atau bahan yang digunakan untuk membuat dinding tersebut seperti bata dan kayu. Semuanya berlaku pada satu pagi apabila dia bangun , dia terkejut kerana dia dapat tembus pandang tubuhnya sendiri dan melihat jantung serta bahagian bahagian lain.

Budak Jadi Jutawan Kerana Muntah Ikan Paus


Tahukah anda bahawa muntah ikan Paus sangat mahal? Itulah yang ditemui oleh seorang budak lelaki yang tinggal di Bournemouth, Britania Raya. Budak yang beruntung ini adalah Charlie Naysmith 8 tahun. Ketika dia sedang berjalan-jalan di tepi pantai Hengistbury Head, dia ternampak sebuah bongkahan agak besar yang menyerupai batu. Bentuknya yang tidak rata dan berwarna kuning keemasan membuat Charlie berfikir ini adalah jenis batu yang biasa ditemui di tepi pantai.
Akan tetapi, orangtuanya tidak cepat mengambil keputusan begitu saja, mereka justru meneliti bongkahan unik tersebut. Ternyata, itu bukanlah batu melainkan muntah ikan Paus Sperma yang sudah mengeras kerana sudah lama terkena paparan sinar matahari dan zat garam dari air laut.
Faktanya, muntahan Paus Sperma ini banyak dicari oleh pembuat perfum kerana kandungan kimia di dalamnya mampu membuat aroma perfum bertahan lebih lama.
Harga 500 gr kotoran/limbah paus bisa mencapai 10.000 dollar Amerika Sedangkan, untuk ukuran bongkahan muntah paus yang ditemukan Charlie, harganya boleh mencapai 63.000 dollar Amerika . Dengan jumlah yang sangat besar itu, Charlie bisa menjadi jutawan cilik mendadak, hanya kerana kebetulan menemui muntahan ikan paus sperma tersebut.

5 Stesyen Minyak Paling Pelik Di Dunia


Kebiasaannya apabila kita mengunjungi stesen minyak, tiada apa yang begitu menarik kerana reka bentuk stesen minyak seperti Petronas, Shell, Esso dan sebagainya serupa di seluruh negara. Namun di luar negara terdapat 5 buah stesen minyak yang dianggap paling unik sekali di duniaUnik yang dimaksudkan di sini adalah rekaannya mirip seperti pusat penginapan hotel pula. Jom lihat gambar di bawah ini:
1. Futuristic Gas Station
Walaupun namanya seolah mencerminkan masa depan, namun stesen minyak yang direka bentuk oleh Arne Jacobsen di Copenhagen, Denmark ini, telah dibina pada tahun 1937.
2. LAX Airpot Roof Gas Stations
Stesen minyak ini dibina oleh Jack Colker di Beverly Hills, California. Bahannya adalah salah bahagian bangunan lapangan terbang LAX yang sudah tidak digunakan lagi.
3. Recycled Materials Gas Station
Selain reka bentuknya unik, bahan bangunan stesen minyak ini juga digunakan daripada pelbagai jenis bahan hasil kitar semula.
4. Welcome To the City Gas Station
Stesen minyak ini merupakan sempadan di wilayah Canyon Drive. Didirikan pada 1963 oleh pasangan Frey dan Chambers.
5. Tea Pot Gas Station
Namanya pun sudak unik, stesen minyak Teko Teh. Stesen minyak ini terletak di Yakima Valley, Washington DC, Amerika Syarikat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...